Friday, 29 July 2016

BANTUAN



Jika anda mengalami kemalangan dan kecelakaan, jangan lupa menghubungi pihak berkaitan untuk mendapatkan pertolongan di nombor-nombor di bawah (sekitar Lembah Kelang) :-



Semoga memberi manfaat kepada anda semua !!!!!!


"Rawatan atau bantuan awal,mampu menyelamatkan nyawa"




TERCEKIK


i. Definisi

Keadaan yang menyebabkan saluran pernafasan tersekat akibat daripada benda asing

ii. Kepentingan mempelajari rawatan tercekik

o Memberi pengetahuan dan kemahiran asas mengenai pengendalian apabila tercekik.
o Memberi keyakinan kepada murid sekiranya berlaku kes tercekik.
o Membantu memberi rawatan awal sebelum dihantar ke klinik atau hospital.
(Info dari SINI)



Tercekik boleh jadi pada sesiapa sahaja, tidak kira pangkat umur. Masalah tercekik kini menjadi satu isu yang biasa dan selalunya sering berlaku kepada anak kecil.

Berikut cara yang anda perlu ketahui, sekiranya anak kecil anda mengalami masalah tercekik ini :



Untuk maklumat lanjut anda boleh membacanya di SINI dan juga di blog BEBEFIRSTFEET.

CPR


CPR atau ‘Cardiopulmonary Resuscitation’ adalah satu kaedah rawatan pemulihan sistem jantung (cardio) dan paru-paru / penafasan (pulmonary) dengan cara memastikan bekalan darah dan oksigen dapat diteruskan ke seluruh tubuh seseorang yang mengalami serangan jantung di mana ianya telah berhenti berdenyut dan berfungsi secara normal.
CPR boleh menyelamatkan nyawa dengan membantu penerusan bekalan oksigen ke otak, sehinggalah pesakit diberikan rawatan yang lebih spesifik ataupun sehingga pesakit sudah tidak dapat diselamatkan lagi.
Terdapat perbezaan anatara CPR untuk orang dewasa dan kanak-kanak, dan artikel hanya membincangkan CPR kepada pesakit dewasa. (CPR kanak-kanak akan dikeluarkan nanti). Info dari CPR.

Tujan CPR dilakukan-

'MENYELAMATKAN NYAWA sehingga mangsa mendaptkan rawatan pakar di Hospital'


Kenapa saya perlu belajar CPR?
Anda telah tahu CPR dapat memulihkan magsa kematian mengejut. Majoriti kematian mengenjut terutama yang disebabkan serangan jantung berlaku di luar hospital , iaiti di rumah kediaman, di tempat kerja, di tempat awam dan lain-lain. Oleh itu siapa yang mempunyai kemahiran CPR dapat menyelamatkan nyawa dari terus mengalami kematian hayat yang berkekalan , dengan cara melakukan teknik-teknik CPR sebelum bantuan kecemasan tiba. Dalam ertikata lain anda merupakan barisan hadapan dalam rantaian bantuan kecemasan. (Chain of survival)

Untuk info lain, anda juga boleh melihatnya di SINI




CARA MERAWAT LUKA


Setelah anda mengetahui jenis-jenis luka sebelum ini, anda perlu mengetahui bagaimana untuk merawat luka-luka tersebut. Setiap luka-luka tersebut mempunyai cara yang tersendiri untuk merawatinya dan mengubatinya. Berikut cara-cara merawat luka-luka yang perlu anda ketahui :-






Di atas hanyalah cara-cara merawat luka yang kecil dan biasa. Ini adalah rawatan segera yang perlu anda ketahui sekiranya anda terlihat rakan-rakan atau ahli keluarga terkena luka akibat terhiris pisau, tertumpah air panas dan lain-lain kemalangan kecil.

Jika anda ingin mempelajari ilmu-ilmu rawatan lain, anda boleh ke SINI.

Selain daripada itu, jika anda berhadapan dengan situasi dimana rakan atau ahli keluarga anda terkena air panas, terkena besi panas dan apa-apa yang menghasilkan haba sehingga kulit anda mengalami lecur kecil atau mengalami lecur yang bahaya sehingga menjejaskan anggota badan anda, anda boleh melayari laman web INI untuk mengetahui mengenai luka bakar minor & major.

LUKA


Luka terjadi apabila pecahnya bahagian kulit selepas sesuatu kecederaan

'Calar dan terbakar juga boleh di kategorikan sebagai luka'

Jenis-jenis luka
luka terbuka
luka tertutup

Luka terbuka lebih berbahaya berbanding dengan luka tertutup kerana:
-Mengakibatkan pendarahan
-Jangkitan
-Lambat sembuh



luka calar (terbuka)
  

luka terbuka


luka terbakar


luka terhiris


luka tertusuk

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai jenis-jenis luka lain yang anda perlu ketahui, anda boleh melayarinya di SINI

Anda juga boleh membaca info lain di SINI




Langkah CPR Mr.Bean

ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Nama - Nur Khusairy Bin A. Rahman
No. Matrik - 241029


ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Disediakan oleh -

PB NUR KHUSAIRY BIN A. RAHMAN
UNIT EMRS
BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA




PENGENALAN ASAS PERTOLONGAN CEMAS

Objektif Pertolongan Cemas
"Memberi Bantuan Pertolongan Cemas"
"Menyematkan Nyawa"
"Mengurangkan kecederaan yang lebih teruk"
"Mengurangkan Kesakitan Mangsa dengan menghantar segera mangsa ke hospital" 




Apakah yang dimaksudkan dengan pertolongan cemas?

Pertolongan cemas adalah bantuan permulaan atau rawatan awal yang diberika kepada mangsa atau pesakit.